
Menarik laporan bernama bertajuk ‘
Sumbangan besar getah, minyak sawit Malaysia‘ agak berkait dengan tajuk tulisan kali ini. Dilaporkan dimana getah telah menjadi tumpuan negara semasa sukar apabila transformasinya dalam bentuk sarung tangan telah pun terbukti menjadi penyelamat nyawa sehinggakan negara ekonomi terbesar dunia turut memuji produk komoditi keluaran Malaysia itu. Merujuk kenyataan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur menerusi ciapan Twitter rasminya turut berkongsi maklumat bahawa 65% atau 225 bilion helai sarung tangan digunakan barisan wiranya – saintis, doktor, jururawat dan petugas di barisan hadapan adalah ia didatangkan dari Malaysia!. Ironinya hanya dalam beberapa bulan sebelumnya Malaysia dikecam AS atas dakwaan salah satu syarikat tempatan menggunakan khidmat buruh paksa dalam operasinya. Berikutan itu dilaporkan pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS bertindak menyekat import sarung tangan getah pakai buang keluaran syarikat berpejabat di Sepang, WRP Asia Pacific Sdn Bhd (WRP). Bagaimanapun disebabkan lonjakan permintaan serta kekurangan bekalan susulan penularan pandemik Covid-19 menyebabkan AS tiada pilihan kecuali akur dan menarik balik sekatan terhadap syarikat itu pada 23 Mac 2021. Walaupun permintaan AS terhadap sarung tangan getah adalah sebanyak 170 bilion helai atau 32 peratus daripada jumlah permintaan dunia, eksport WRP hanyalah mencecah tiga bilion helai yang mencerminkan langkah kecil syarikat itu sebelum meraih kejayaan di masa depan. Di sudut lain dilaporkan dimana demi menampung lonjakan mendadak permintaan itu maka Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) terpaksa mendapatkan kebenaran kerajaan untuk beroperasi pada kapasiti penuh walaupun di tengah-tengah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar terbesar sarung tangan perubatan, MARGMA perlu memastikan bekalan itu mencukupi untuk kegunaan hospital dan petugas kesihatan dalmn usaha memerangi pandemik. MARGMA dijangka menyumbang kira-kira 225 bilion helai sarung tangan pada setahun iaitu kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan keperluan dunia. Ketika industri sarung tangan getah berharap kerajaan mempertimbangkan rayuan itu, pengeluar tempatan satu lagi produk berasaskan getah iaitu kondom dimana ia dijangkakan berlakunya pengurangan mendadak produk itu berikutan perlu menggantung operasi susulan PKP itu. Sebagai contoh Syarikat Karex Berhad yang mengeluarkan satu daripada lima kondom dunia kini sudah tidak lagi ia mengeluarkan sebarang produk itu sejak 18 Mac 2020 lalu PKP dikuatkuasakan. Laporan media turut mengetengahkan kekurangan sehingga 100 juta kondom, lazimnya dipasarkan oleh jenama antarabangsa seperti Durex, yang dibekalkan kepada sistem penjagaan kesihatan negara seperti NHS Brjitain atau yang diedarkan oleh program bantuan seperti Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bekalan kondom dikatakan berdepan tekanan dan kekurangan ketara itu berkemungkinan besar disusuli dengan kelahiran ramai bayi dalam tempoh 10 bulan atau seterusnya. Dalam pada itu dilaporkan dimana minyak sawit Malaysia turut berperanan membantu dunia membendung Covid-19. Minyak sayuran itu yang meletakkan Malaysia sebagai pengeluar utama, banyak digunakan sebagai pengganti bahan surfaktan berasaskan petroleum bagi tujuan pembuatan sabun dan pencuci. Bahan ini tidak hanya membersihkan tangan dan pakaian manusia malahan ia turut didakwa membunuh kuman termasuk coronavirus. Dilaporkan juga minyak sawit akan dapat membantu ketika musim coronavirus apabila semua orang perlu berada di rumah untuk masak sendiri. Dilaporkan dimana secara purata, Malaysia mengeksport kira-kira 20 juta tan minyak sawit mentah dan membantu keupayaan dunia memenuhi permintaan global. Jumlah simpanan minyak sawit Malaysia bagaimana pun pernah susut 4.2 peratus kepada 1.68 juta tan pada Februari 2020 daripada 1.76 juta tan pada bulan sebelumnya. Isu semakin banyak kawasan getah yang ditebang dan ditukar kepada tanaman kelapa sawit akan berterusan dan perlukan campurtangan dasar kerajaan bagi menentukan industri getah negara akan malap. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TEBANG GETAH… RAMAI LAKUKAN…
TANAM SAWIT.. NAIK PENDAPATAN…
HARGA GETAH… RENDAH SAKAN…
MENBACA ARTIKEL… ANDA FIKIRKAN…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1306, Starwell Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(15 Syaaban 1444H).