
Komponen DAUN (Leaves) juga pada penulis blog merupakan organ penting bagi tumbuhan. Apa pun d
alam bidang botani daun adalah sebuah organ yang bersambung kepada batang dan dhan tumbuhan berada di atas tanah dan yang menjalankan aktiviti fotosintesis. Daun biasanya berbentuk leper sesuai bagi menghasilkan permukaan yang luas supaya sel-selnya yang mengandungi kloroplas bukan sahaja dapat didedahkan kepada cahaya akan tetapi juga untuk membenarkan cahaya sampai sepenuhnya ke bahagian tisu-tisunya. Daun-daun juga merupakan bahagian tumbuhan bagi proses Respirasi, Transpirasi dan gutasi. Daun memang ia boleh menyimpan makanan dan air dimana ia kemudian boleh diubahsuai oleh sesetengah jenis tumbuhan untuk kegunaan lain. Struktur yang sama untuk tumbuhan jenis paku-pakis dirujuk sebagai “pelepah”. Daun merupakan salah satu sumber makanan manusia yang penting sebagai sayur-sayuran berdaun dan juga haiwan ternakan ruminan. Daun mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan tekstur yang berbeza. Daun yang luas dan rata dengan urat daun tumbuhan berbunga yang rumit dimana ia dikenali sebagai megafil. Kebanyakan tumbuhan daripada spesies yang memiliki ciri ini adalah tumbuhan berdaun lebar atau Megafil. Dalam kategori tumbuhan lumut dengan asal perkembangan yang berbeza, daunnya sederhana (hanya mempunyai satu urat) dan dikenali sebagai mikrofil. Bentuk daun tumbuhan menambahkan lagi keunikan tumbuhan tersebut dimana umumnya dilihat terdapat beberapa bentuk daun yang biasa dilihat seperti bujur, tirus memanjang, bercabang, bulat dan jenis jarum. Daun tumbuhan hibiscus seperti bunga raya biasanya ia berbentuk bujur. Bagi daun pokok buluh dan bunga pagar berbentuk tirus memanjang dan bagi daun Pokok Pain pula seperti jarum. Sebenarnya bentuk daun mempengaruhi kekuatan tumbuhan. Contohnya daun halus seprti jarun (daun pkok pain) tidak mudah rosak oleh angin kencang. Dalam pada itu daun yang lebar dan nipis seperi daun pisang mudah rosak terutamanya ketika tiupan angin kencang. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam !!!..

NAMA TUMBUHAN… BANYAK CIRINYA…
AKAR TUNJANG… SERABUT PUN ADA…
BATANG MENEGAK… MENJALAR JUGA…
DAUNNYA HIJAU… PELBAHAI BUNGA…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
28 Ramadan 1444H.
Selamat Berpuasa!!..